This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ultima Markets does not have an establishment in Singapore and does not operate from Singapore.
Ultima Markets does not provide products or services to citizens or residents of Singapore, and account applications from Singapore citizens or residents will not be accepted.
If you are a citizen or resident of Singapore, please do not open an account or use Ultima Markets’ products or services.
By selecting “Acknowledge and Continue Browsing”, you confirm that you are accessing this website on your own initiative and that your access is not the result of any direct marketing, targeted advertising, solicitation, or promotional activity by Ultima Markets.
Nothing on this website constitutes an offer, solicitation, or promotion of products or services in any jurisdiction where such activity is prohibited. You are responsible for ensuring that your access to and use of this website complies with applicable local laws and regulations.
Kenali Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan terkenal yang dikaitkan dengan Warren Buffett, model bisnesnya, dan portfolio semasanya.
Berkshire Hathaway: Portfolio, Sejarah dan Peranannya
Kalau anda selalu baca tentang saham global, besar kemungkinan anda pernah dengar nama Berkshire Hathaway. Nama ini sangat rapat dengan Warren Buffett, seorang pelabur legenda yang sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia. Berkshire Hathaway bukan sekadar satu syarikat biasa, tetapi sebuah konglomerat besar yang memiliki banyak bisnes dan pegangan pelaburan dalam pelbagai industri. Itulah sebabnya Berkshire Hathaway sering disebut bila orang bercakap tentang pelaburan jangka panjang, disiplin, dan pengurusan modal yang bijak.
Apa Itu Berkshire Hathaway?
Maksud Berkshire Hathaway
Berkshire Hathaway ialah sebuah syarikat pegangan atau holding company dari Amerika Syarikat yang memiliki pelbagai perniagaan dan pelaburan saham dalam syarikat besar. Ia dikaitkan rapat dengan Warren Buffett dan berpangkalan di Omaha, Nebraska.
Secara mudah, Berkshire Hathaway ialah syarikat induk yang mengawal atau memiliki banyak anak syarikat. Apa yang membuatkan Berkshire Hathaway menarik ialah model bisnesnya. Ia bukan bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Sebaliknya, Berkshire Hathaway ada pegangan dalam insurans, pengangkutan, tenaga, pembuatan, peruncitan, dan juga saham syarikat tersenarai.
Kenapa Ramai Pelabur Suka Tengok Berkshire Hathaway?
Ramai pelabur memerhati Berkshire Hathaway kerana syarikat ini sering dilihat sebagai rujukan dalam menilai peluang pelaburan. Bila Berkshire Hathaway membeli atau menjual pegangan besar, pasaran biasanya akan beri perhatian. Ini kerana syarikat ini dikenali dengan pendekatan yang lebih berhati-hati, fokus pada nilai, dan tidak mudah terikut hype.
Sejarah Ringkas Berkshire Hathaway
Ramai orang kenal Berkshire Hathaway sebagai syarikat pelaburan gergasi, tapi sebenarnya asal usulnya jauh berbeza. Berkshire Hathaway bermula daripada industri tekstil di Massachusetts, hasil gabungan dua syarikat lama iaitu Berkshire Fine Spinning Associates dan Hathaway Manufacturing Company pada tahun 1955.
Perubahan besar berlaku bila Warren Buffett mula membeli saham syarikat ini pada awal 1960-an dan mengambil alih kawalan pada 1965. Pada mulanya, beliau nampak saham itu murah dari sudut nilai aset. Tapi selepas mengambil alih, Buffett mula mengubah Berkshire Hathaway daripada bisnes tekstil kepada sebuah holding company yang lebih fokus pada pelaburan dan pemerolehan syarikat.
Salah satu langkah paling penting ialah kemasukannya ke dalam sektor insurans apabila Berkshire membeli National Indemnity Company pada 1967. Langkah ini sangat besar kerana bisnes insurans memberi Berkshire akses kepada float, iaitu dana premium yang boleh digunakan untuk pelaburan. Model inilah yang kemudian membantu Berkshire Hathaway berkembang dengan lebih cepat dan lebih kukuh.
Walaupun perniagaan tekstil masih diteruskan untuk beberapa waktu, Buffett sendiri akhirnya mengakui bahawa tekstil bukan bisnes yang kuat untuk jangka panjang. Berkshire kemudian semakin fokus kepada pemerolehan syarikat berkualiti dan pelaburan dalam syarikat tersenarai.
Daripada sebuah syarikat tekstil lama, Berkshire Hathaway akhirnya berubah menjadi konglomerat besar yang memiliki pelbagai bisnes dalam insurans, tenaga, pengangkutan, pembuatan, pengguna dan pelaburan saham. Itulah yang buat Berkshire Hathaway unik, ia bukan terus lahir sebagai empayar pelaburan, tetapi dibina secara berperingkat.
Bagaimana Berkshire Hathaway Menjana Pendapatan?
Untuk faham Berkshire Hathaway, anda kena tengok bagaimana syarikat ini menjana duit. Apa yang membezakan Berkshire Hathaway daripada banyak syarikat lain ialah ia tidak bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Sebaliknya, syarikat ini ada gabungan bisnes operasi sebenar, pelaburan saham, dan kekuatan besar dalam sektor insurans. Struktur inilah yang membantu Berkshire Hathaway kekal kukuh dalam jangka panjang.
1. Anak syarikat yang dimiliki penuh
Berkshire Hathaway memiliki banyak syarikat operasi sebenar dalam pelbagai sektor seperti insurans, tenaga, pengangkutan, pembuatan, dan pengguna. Ini bermaksud pendapatan syarikat bukan datang daripada pelaburan semata-mata, tetapi juga daripada bisnes yang benar-benar menjual produk atau perkhidmatan kepada pasaran. Model ini memberi aliran pendapatan yang lebih stabil kerana Berkshire Hathaway tidak bergantung pada satu industri sahaja.
2. Pegangan saham dalam syarikat besar
Selain memiliki bisnes sendiri, Berkshire Hathaway juga melabur dalam syarikat besar yang tersenarai di pasaran saham. Melalui pegangan ini, syarikat boleh mendapat manfaat daripada kenaikan nilai pelaburan dalam jangka panjang, selain menerima dividen daripada syarikat tertentu. Sebab itu, bila orang bercakap tentang Berkshire Hathaway, mereka bukan hanya melihatnya sebagai syarikat operasi, tetapi juga sebagai salah satu pelabur institusi paling berpengaruh di dunia.
3. Insurans dan “float”
Salah satu kekuatan paling unik Berkshire Hathaway ialah bisnes insuransnya. Dalam insurans, syarikat menerima bayaran premium lebih awal, manakala tuntutan pula hanya dibayar kemudian jika berlaku kerugian yang dilindungi. Dana yang dipegang sementara ini dikenali sebagai float. Bagi Berkshire Hathaway, float ini sangat penting kerana ia boleh digunakan untuk membuat pelaburan lain. Inilah antara faktor utama yang membantu syarikat ini berkembang dengan lebih besar dari semasa ke semasa.
Portfolio Berkshire Sekarang
Sejak 1 Januari 2026, Berkshire Hathaway dipimpin oleh Greg Abel sebagai CEO, manakala Warren Buffett kekal sebagai Chairman of the Board. Walaupun berlaku peralihan kepimpinan, syarikat ini masih sangat relevan kerana portfolio sahamnya masih besar dan terus diperhatikan oleh pelabur global. Berdasarkan filing 13F bagi suku berakhir 31 Disember 2025, nilai portfolio saham tersenarai Berkshire adalah sekitar USD274.16 bilion. Portfolio ini juga agak tertumpu, bukan terlalu berpecah kepada terlalu banyak saham kecil.
Setakat hujung 2025, pegangan terbesar Berkshire Hathaway masih didominasi oleh nama-nama besar seperti Apple, American Express, Bank of America, Coca-Cola, dan Chevron. Pada masa yang sama, Berkshire juga masih memegang beberapa saham yang lebih kecil seperti Visa, Sirius XM, Mastercard, dan lain-lain, tetapi saiznya jauh lebih kecil berbanding pegangan utama.
Kedudukan
Saham
Nilai Pegangan
% Portfolio 13F
1
Apple
USD61.96B
22.60%
2
American Express
USD56.09B
20.46%
3
Bank of America
USD28.45B
10.38%
4
Coca-Cola
USD27.96B
10.20%
5
Chevron
USD19.84B
7.24%
6
Moody’s
USD12.60B
4.60%
7
Occidental Petroleum
USD10.89B
3.97%
8
Chubb
USD10.69B
3.90%
9
Kraft Heinz
USD7.90B
2.88%
10
Alphabet Class A
USD5.59B
2.04%
11
DaVita
USD3.61B
1.32%
12
Kroger
USD3.12B
1.14%
13
Visa
USD2.91B
1.06%
14
Sirius XM
USD2.50B
0.91%
15
Mastercard
USD2.28B
0.83%
Nilai jumlah portfolio 13F Berkshire ialah USD274,160,086,701, dan nilai pegangan individu di atas datang daripada filing maklumat 13F yang difailkan kepada SEC untuk tempoh 31 Disember 2025. Peratusan dalam jadual dikira berdasarkan nilai setiap pegangan berbanding jumlah portfolio 13F tersebut.
Secara mudah, portfolio ini menunjukkan bahawa Berkshire Hathaway masih mengekalkan gaya pelaburan yang fokus pada syarikat besar dan kukuh, terutamanya dalam sektor pengguna, kewangan, tenaga, dan perkhidmatan. Ini juga menunjukkan bahawa Berkshire bukan sekadar “trading” saham secara aktif, tetapi lebih kepada membina pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mereka percaya mempunyai nilai kukuh.
Nota: Jadual ini merujuk kepada portfolio saham tersenarai dalam filing 13F, bukan keseluruhan aset atau semua anak syarikat milik penuh Berkshire Hathaway seperti insurans, tenaga, rel, pembuatan, dan lain-lain.
Apa Beza Berkshire Hathaway dengan Hedge Fund atau Mutual Fund?
Perbezaan paling asas ialah Berkshire Hathaway ialah syarikat tersenarai di bursa, manakala mutual fund dan hedge fund pula ialah kenderaan pelaburan yang mengumpulkan duit pelabur untuk dilaburkan mengikut strategi tertentu. SEC menerangkan bahawa mutual fund ialah syarikat pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur dan melaburkannya dalam portfolio aset, manakala hedge fund pula biasanya merupakan dana persendirian yang mengumpulkan wang pelabur dan menggunakan strategi pelaburan yang lebih fleksibel.
Bila seseorang beli saham Berkshire Hathaway, dia sebenarnya membeli pegangan dalam sebuah konglomerat yang ada bisnes operasi sebenar seperti insurans, tenaga, pengangkutan, pembuatan, dan juga portfolio saham tersenarai. Maksudnya, anda bukan sekadar melabur dalam sekumpulan saham yang diuruskan, tetapi memiliki sebahagian daripada syarikat yang memang ada aset, anak syarikat, aliran tunai, dan keuntungan operasi sendiri.
Kalau anda beli mutual fund pula, anda tidak memiliki syarikat operasi seperti Berkshire. Sebaliknya, anda memiliki unit dalam satu dana yang memegang pelbagai aset seperti saham atau bon. Nilai pelaburan anda bergantung pada prestasi portfolio dana itu, dan ia diuruskan mengikut objektif tertentu seperti pertumbuhan, pendapatan, atau keseimbangan risiko.
Untuk hedge fund, strukturnya lagi berbeza. Hedge fund biasanya bukan produk biasa untuk pelabur runcit, dan SEC menyifatkannya sebagai dana persendirian yang selalunya terhad kepada pelabur yang lebih sofistikated. Ia juga biasanya lebih bebas menggunakan strategi seperti leverage, short selling, atau pendekatan yang lebih agresif berbanding mutual fund. Sebab itu, Berkshire Hathaway tak sesuai disamakan terus dengan hedge fund walaupun kedua-duanya membuat pelaburan.
Aspek
Berkshire Hathaway
Mutual Fund
Hedge Fund
Struktur
Syarikat tersenarai
Dana pelaburan
Dana persendirian
Bila beli
Beli saham syarikat
Beli unit dana
Melabur dalam dana
Apa yang dimiliki
Bisnes sebenar + portfolio saham
Portfolio aset seperti saham / bon
Portfolio aset dengan strategi lebih fleksibel
Sumber pendapatan
Operasi bisnes, pelaburan, dividen
Prestasi aset dalam dana
Prestasi pelaburan dalam dana
Akses pelabur
Pelabur biasa boleh beli di bursa
Pelabur biasa boleh akses
Biasanya untuk pelabur tertentu
Gaya
Pegang bisnes dan melabur jangka panjang
Ikut objektif dana
Lebih fleksibel dan kadang lebih agresif
Secara mudah, Berkshire Hathaway lebih dekat kepada sebuah syarikat besar yang menggunakan modalnya untuk memiliki bisnes dan melabur, bukannya dana yang diwujudkan semata-mata untuk mengurus wang pelabur. Itu yang membuatkan Berkshire unik. Bila anda pegang saham Berkshire, anda dapat pendedahan kepada keseluruhan ekosistem syarikat itu, bukan sekadar satu dana pelaburan.
Adakah Berkshire Hathaway Sesuai Dijadikan Contoh Untuk Beginner?
Ya, dari sudut pembelajaran, Berkshire Hathaway memang bagus dijadikan contoh. Bukan sebab semua orang perlu tiru bulat-bulat apa yang dibuat oleh Berkshire Hathaway, tetapi kerana syarikat ini mengajar beberapa prinsip penting:
fokus pada bisnes yang difahami
utamakan nilai berbanding hype
fikir jangka panjang
pentingkan pengurusan risiko
jangan mudah panik bila pasaran turun
Bagi beginner, memahami cara Berkshire Hathaway berfikir boleh bantu bina asas pelaburan yang lebih matang. Ia juga mengingatkan bahawa pelaburan bukan semata-mata tentang cari saham panas, tetapi tentang memilih aset yang ada asas kukuh.
Kenapa Saham Berkshire Hathaway Mahal?
Ramai orang terkejut bila tengok harga saham Berkshire Hathaway, terutamanya saham Class A yang memang sangat tinggi. Tapi harga sesaham yang mahal tak semestinya bermaksud saham itu automatik “overpriced”.
Salah satu sebab utama saham Berkshire Hathaway Class A sangat mahal ialah kerana saham ini tidak pernah dipecahkan seperti yang biasa dibuat oleh banyak syarikat lain. Dalam laporan tahunan rasmi Berkshire, syarikat itu menyatakan ia mempunyai dua kelas saham biasa, iaitu Class A dan Class B. Setiap saham Class A boleh ditukar kepada 1,500 saham Class B, tetapi Class B tidak boleh ditukar semula kepada Class A. Ini menunjukkan Class A memang direka untuk kekal sebagai saham asal yang lebih eksklusif dari segi struktur.
Selain itu, Class B diwujudkan untuk memberi akses yang lebih mudah kepada pelabur biasa. Dalam laporan tahunan yang sama, Berkshire juga menyatakan bahawa hak ekonomi dan hak mengundi bagi Class B adalah jauh lebih kecil berbanding Class A. Jadi beza antara kedua-duanya bukan sekadar harga, tetapi juga dari sudut struktur pemilikan dan kuasa undi.
Kesimpulan – Fahami Apa Itu Berkshire Hathaway
Berkshire Hathaway ialah contoh syarikat yang menunjukkan bagaimana disiplin, strategi jangka panjang, dan pengurusan modal yang baik boleh membina nilai besar dari masa ke masa. Bagi pelabur baru, memahami Berkshire Hathaway boleh bantu anda lihat pelaburan dengan perspektif yang lebih matang dan tidak terlalu bergantung pada sentimen semasa. Kalau anda mahu mula faham pasaran global, saham, dan aset lain dengan lebih teratur, anda juga boleh terokai peluang pembelajaran dan dagangan melalui Ultima Markets.
FAQ tentang Berkshire Hathaway
1. Berkshire Hathaway itu syarikat apa?
Berkshire Hathaway ialah syarikat pegangan besar yang memiliki pelbagai bisnes dan pelaburan dalam banyak industri.
2. Siapa yang terkenal di sebalik Berkshire Hathaway?
Nama yang paling sinonim dengan Berkshire Hathaway ialah Warren Buffett.
3. Kenapa Berkshire Hathaway penting dalam dunia pelaburan?
Kerana Berkshire Hathaway sering dijadikan contoh pelaburan berasaskan nilai, disiplin, dan pemikiran jangka panjang.
4. Adakah Berkshire Hathaway hanya melabur dalam saham?
Tidak. Berkshire Hathaway juga memiliki banyak perniagaan sebenar, terutamanya dalam insurans, tenaga, pengangkutan, dan sektor lain.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.